Inisiatif Utama Condoleezza Rice

Sebagai Setiusaha Negara, Rice mahu sistem demokrasi diperluaskan di negara-negara Timur Tengah. Sebenarnya 'idea manis' ini adalah sebagai alasan kukuh untuk terus bertapak di Iraq, Afghanistan dan di Timur Tengah. Idea asasnya mahu mengeksport 'sistem demokrasi Amerika' ke Timur Tengah dan mengajar negara membangun tentang kebaikan demokrasi.

'Tranformasi Demokrasi' melibatkan beberapa unsur utama :

  • Memindahkan diplomat Amerika ke negara yang diperlukan seperti ke China, India, Brazil, Mesir, Nigeria, Indonesia, Afrika Selatan dan Lubnan.
  • Menghantar para diplomat ke lokasi sukar seperti di Iraq, Afghanistan, Sudan dan Angola. Mereka mestilah fasih beberapa bahasa terutama bahasa Cina, bahasa Arab dan bahasa Urdu.
  • Tumpuan kepada kwasan bermasalah seperti keganasan, pengedaran dadah dan wabak penyakit.
  • Bekerja dengan negara-negara lain bagi membina prasarana lengkap.
  • Menduduki kedudukan peringkat tinggi, menyelia bantuan Amerika di negara asing dan sebagainya.

Langkah-langkah ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan, membasmi kemiskinan, penjagaan kesihatan, program pendidikan dan memperbaiki sistem demokrasi.

Sehubungan itu, Rice menamakan Randall L. Tobias sebagai pentadbir USAID (U.S. Agency for International Development). Iniiatif ini adalah sama seperti bantuan Amerika selepas Perang Dunia II yang berjaya menstabilkan Eropah sebagaimana hari ini.

Tranformasi Demokrasi bukan bertujuan membuat laporan tentang sesebuah negara. Tetapi untuk menukar kehidupan manusia ke arah lebih baik seperti isu AIDS, pendidikan untuk wanita dan jenayah melampau.